Friday, 30 October 2015

http://colgis.uum.edu.my/

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dimulai dengan taklimat oleh Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam. Taklimat banyak menyentuh mengenai cara-cara penggunaan pemadam api dengan betul, cara-cara pencegahan dari berlaku sebarang bencana dan beberapa maklumat penting mengenai pencegahan kebakaran. Menurut Pegawai Bomba tersebut, program seperti ini perlu dijalankan oleh semua pihak tidak kira kerajaan atau swasta, sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun kerana memberi banyak pendedahan disamping dapat menyemai sikap bertanggungjawab dalam aspek pencegahan kebakaran.
Staf UUM COLGIS juga turut diajar secara praktikal mengenai cara penggunaan pemadam api dengan betul. Menurut Prof. Madya Dr. Ahmad Martadha Mohamed, selaku Timbalan Pengerusi JKKKP UUM COLGIS, program seperti ini mungkin akan dilakukan pada masa akan datang dengan melakukan penambahan program seperti program pengungsian bangunan kerana ianya mendapat sambutan daripada staf UUM COLGIS.
Program tamat pada pukul 10.30 pagi dengan disudahi dengan penyampaian cenderamata kepada semua kakitangan bomba yang terlibat, anggota Jabatan Keselamatan UUM dan Staf Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UUM.

No comments:

Post a Comment