Friday, 30 October 2015


http://cas.uum.edu.my/
Majlis Serahan Tugas PNC UUMCAS, Dekan,Timbalan Dekan dan Pengarah Institut AHSGS
JAN 20, 2015- Majlis penyerahan tugas Penolong Naib Canselor dan Dekan Awang Had Salleh Graduate School (AHSGS), Prof. Madya Dr. Engku Muhammad Nazri Engku Abu Bakar kepada Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin, Timbalan Dekan AHSGS Dr. Nor Laily Hashim kepada Dr. Aziz Ab Aziz dan Pengarah Reseacrh Institute for Computing and Technology (RICT) Dr. Ahmad Suki Che Mohamed Arif kepada Dr. Siti Mahfuzah Sarif telah diadakan tengah hari ini. Majlis serba ringkas ini diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Pusat Pengajian Pengkomputeran.
Pada majlis berkenaan, Prof. Dr. Norshuhada Shiratuddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Engku Muhammad Nazri di atas khidmat dan usaha-usaha beliau dalam memajukan UUM CAS dan AHSGS, dan selaku penjawat yang baru beliau akan meneruskan perjuangan bagi menerajui kepimpinan UUM CAS. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada mantan-mantan penjawat UUM CAS sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Turut hadir ke majlis penyerahan tugas ini adalah semua kakitangan UUM CAS dan AHSGS

No comments:

Post a Comment